Kerjaya Yusof Latiff

Pembabitan Yusof Latiff dalam bidang seni bermula apabila beliau mendapat perhatian seorang pengurus filem bernama Shaw Vee Ngok. Katika itu, Yusof yang tidak mengenali mar Shaw hanya tersenyum apabila Shaw Vee Ngok bertanya sekiranya beliau berminat untuk menjadi pelakon filem. Namun, setelah beberapa kali dipujuk oleh Salleh Kamil, akhirnya, Yusof bersetuju untuk bertemu dengan Shaw Vee Ngok di Studio Malay Film Productions [MFP]. Dalam pertemuan itulah Yusof mendapat tawaran menjadi pelakon filem dengan gaji sebanyak RM150 sebulan.

Maka, bermulalah babak baharu dalam hidup Yusof Latiff. Beliau sudah melangkah ke dunia perfileman dengan menjadi pelakon sepenuh masa. Tugas pertama beliau ialah berlakon dalam filem Gadis Peladang pada tahun 1952 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Yusof terus memegang peranan hero di samping Datuk Maria Menando yang memegang watak heroin.[1]

Disusuli pula dengan lakonan beliau dalam filem Yatim Piatu yang turut dilakonkan oleh Rokiah Jaafar dan Saadiah. Filem ketiga Yusof dilanda kontroversi. Lakonan beliau dalam filem Cemburu dikritik hebat oleh orang ramai kerana adegan romantik yang keterlaluan. Terdapat babak Yusof bergesel pipi dengan Rosnani dan hampir bersentuhan bibir dengan Mariani. Imej Yusof tidak terjejas dengan babak-babak panas yang membangkitkan semakin di kenal dan semakin mendapat perhatian besar daripada orang ramai.

Kontrak Yusof dengan MFP berakhir setelah berlakon dalam sebelas buah filem. Yusof ditawarkan kontrak baharu selama tiga tahun tetapi menolaknya kerana permintaan Yusof untuk kenaikan gaji dan bonus ditolak oleh majikan beliau. Yusof lebih rela menjadi pelakon bebas tanpa gaji tetap daripada menyambung kontrak dengan gaji dan bonus yang tiada kenaikan. Oleh hal demikian, Yusof berlakon pula dalam filem-filem keluaran Cathay Keris Film. Itu pun setelah lebih lima tahun menyepikan diri daripada sebarang aktiviti lakonan.

Pada 1960, P. Ramlee membawa semula Yusof Latiff ke Studio MFP untuk berlakon dalam filem, Antara Dua Darjat. Yusof mendukung salah satu watak penting dalam filem bercorak drama berat arahan P. Ramlee itu. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aziz yang menegakkan keadilan. MFP cuba memujuk Yusof Latiff supaya berlakon lagi dalam filem-filem keluarannya selepas filem Antara Dua Darjat. Namun, Yusof sudah serik dengan pengalaman pahit beliau pada masa lalu bekerja dengan MFP yang terlalu ketat dengan peraturan. Saya balik ke MFP kerana P.Ramlee yang mengundang saya berlakon dan bukannya kerana MFP, demikian ujar Yusof kepada media.

Selepas berlakon dalam filem, Udang di Sebalik Batu yang diarahkan oleh Husain Hanif terbitan Cathay Keris Film pada tahun 1966. Pada tahun 1969, Yusof Latiff sekali lagi menerima tawaran berlakon daripada P. Ramlee dalam filem Enam Jahanam di Merdeka Film Studio, Hulu Kelang, Selangor. Saya tidak boleh menolak kalau P.Ramlee ajak saya berlakon, kata Yusof Latiff menggambarkan betapa erat dan kukuhnya hubungan mereka berdua. Enam Janaham dibintangi oleh P.Ramlee, Noor Azizah, Idris Hashim, selain Yusof Latiff